Dangling Rainbow Hearts
nAtAsyA nAdiA bT dAhAlAn
9tEEn yEArs OlD 2011
21 dEcEmbEr 1992
sintOk,kEdAh
fEll in lOvE with AimAn jAmAlUddin

cHentA hAti sAyA

Daisypath Anniversary tickers

blOg sAyA

Daisypath Friendship tickers

Thursday 8 December 2011

Kejam!!! Bayi Berumur 1 Bulan Dirogol dan Dipukul


Assalamualaikum wbt..hello..salam sejahtera


hari neh aku nk crita psl perangai binatang yg makin byk da kt muka bumi neh..
dulu org tua2 ckp,anak itu harta yg pling berharga tp skrg dh tukar..
dh jadi anak tu beban yg xguna bg diorg..
Mgkin skrg sifat kemanusiaan skrg dh xdak kan..
and aku x faham betoi..
Kalau x suka knapa x bg kt org yg nak??
nk maki pon xguna sbb diorg neh dh xdak sense nk trasa kot..
Berita neh paling sedih tau..
Tergamak diorg bt mcm tuh..AARRGGHH emo jgk lau da berita cmni..
neh aku ltk pic haiwan bg kita semua renungkan..


HAIWAN PUN LEBIH SAYANGKAN ANAK



BAYI INI BERUMUR 1 BULAN DIROGOL DAN DIPUKUL








Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah. Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan. Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.” Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu. Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London. Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir. Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
Sumber: Daily Mail via Harian Metro Online + melayukini.net
P/S:: sama2 la kita ambik iktibar dr berita neh..sayangi la anak kita mcm mama and abah kita syg kita(tp aku xkahwin lg)..Peringatan utk masa hadapan.Insyaallah..


No comments: